dailyvideo

Liga Super: Raih tiga mata, JDT pintas ATM




PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya merampas kedudukan kedua liga daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas menundukkan Kelantan 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Keputusan itu membuatkan pasukan bimbingan Fandi Ahmad berkelebihan satu mata di depan, berbanding Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengutip 33 mata selepas 18 perlawanan setakat ini.

Dalam perlawanan itu, jaringan bekas pemain Kelantan, Norshahrul Idhlan Talaha dan Nurul Azwan Roya dalam tempoh tiga minit separuh masa kedua memastikan kemenangan mutlak buat JDT.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium Shah Alam, Francis Forkey Doe membuktikan kehebatannya selaku penyerang kepada bekas pasukannya Terengganu apabila meledak dua gol memastikan Selangor memungut tiga mata penuh.

Tuan rumah memperolehi gol pada minit 23 melalui tandukan penyerang tersebut sebelum mengandakan jaringan dipenghujung babak kedua memastikan kemenangan mutlak Selangor yang sebelum ini mencapai empat keputusan seri berturut-turut.

Keputusan itu membuatkan Selangor kekal di tangga keempat dengan 30 mata selepas 18 perlawanan setakat ini.

Di Stadium Paroi pula, Negeri Sembilan gagal meneruskan rentak kemenangan kedua selepas tumbang 0-2 kepada Pahang.

Pelawat terlebih mendahului lawan pada separuh masa pertama hasil jaringan Razman Roslan (m-39) sebelum Damion Stewart melebarkan jaringan enam minit selepas babak kedua bersambung dan kekal sehingga tamat perlawanan.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:57 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Liga Super: Raih tiga mata, JDT pintas ATM

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily