dailyvideo

Khaled angkat sumpah MB Johor



JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor pada jam 10.40 pagi tadi.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.

Khaled menggantikan Datuk Ghani Othman.

Ghani mentadbir Johor selama empat penggal sebelum beliau bertanding di peringkat Parlimen, yang menjadi indikator bahawa Johor akan memiliki menteri besar baru.

Khaled pada PRU13 berjaya memenangi kerusi Dun Permas dengan memperolehi 23,952 undi.

Lawannya dari Pas, Syed Othman Abdullah memperolehi 18,200 undi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:57 pm. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Khaled angkat sumpah MB Johor

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily