dailyvideo

Kesemua Ahli DAP Cawangan Taman Desa Skudai Keluar Parti

Gambar Hiasan

JOHOR BAHARU, 2 Mei -- Menjelang dua hari lagi tempoh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), DAP menerima tamparan apabila kesemua 194 ahli parti cawangan Taman Nesa Skudai mengisytiharkan keluar parti serta menutup pejabat parti itu.

S.Kogilavani, 34, yang sebelum ini pengerusi cawangan tersebut, berkata mereka mengambil tindakan itu kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti.

Taman Nesa Skudai terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah yang akan menyaksikan pertandingan antara penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman pada PRU13, Ahad ini.

Kogilavani berkata parti itu di bawah pimpinan pengerusi DAP negeri Datuk Dr Boo Cheng Hau gagal memberikan khidmat kepada ahli parti di cawangan itu selama ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabat DAP Taman Nesa di sini malam ini, beliau turut mengumumkan penutupan pejabat itu dan mengantikannya sebagai pejabat Persatuan Masyarakat Setia Jaya Johor Baharu, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata beliau dan ahli-ahli lain tidak menyertai BN kerana tidak mahu pembangkang memanipulasi hal itu dan menuduhnya mendapat wang daripada BN untuk keluar parti.

Beliau turut menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatnya sebagai seorang pemimpin yang baik yang menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:42 pm. Fail ini , , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

1 comments for Kesemua Ahli DAP Cawangan Taman Desa Skudai Keluar Parti

  1. unfortunately, chinese voters is against BN... :(
    work hard BN... ALLAH kan ada,,, IN-SHAA-ALLAH...
    sama2 kita doa

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily