dailyvideo

Kemenangan besar di Pengerang tanda RAPID diterima - Azalina



KOTA TINGGI - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Pengerang dengan majoriti besar membuktikan penduduk di kawasan tersebut menyokong projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), sekali gus menafikan pembangunan itu mendapat tentangan.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan penduduk Melayu mempunyai keyakinan terhadap projek mega tersebut berbanding masyarakat Cina yang sebahagian besarnya memilih pembangkang.

Bila bercakap soal tsunami politik Cina, tak mungkin projek yang akan menyenangkan mereka sama ada secara langsung atau tidak ini boleh ditolak oleh mereka? Dari situ, kita boleh membuat kesimpulan bahawa mereka (orang Cina) ada kemampuan seperti yang dikatakan dari dulu lagi dan tidak perlukan bantuan pembangunan daripada kerajaan.

Malah penolakan mereka terhadap BN mengesahkan golongan ini tidak memerlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi bantuan lain," katanya dalam majlis keraian kemenangan mempertahankan Parlimen Pengerang bersama jentera BN di Lotus Desaru, Pengerang dekat sini kelmarin.

Azalina memperoleh 26,992 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (4,484 undi) dan calon Bebas, Mohd. Azaman Johari (795 undi).

Calon baharu BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Surat, Datuk Syed Sis Syed Abdul Rahman pula mendapat 12,014 undi, menewaskan calon PKR, Hasnul Ahmad manakala Hamimah Mansor mempertahankan DUN Penawar dengan 15,101 undi, mengalahkan calon Pas, Anis Afida Mohd. Azli.

Menurut Azalina, beliau sudah menjangka peti undi Cina tidak akan memihak kepada BN dan terbukti apabila kira-kira 60 peratus daripada penduduk kaum itu di Pengerang memilih pembangkang yang disifatkannya sebagai undi protes.

Saya juga mahu mempersoalkan kepada masyarakat Cina, jika tidak setuju dengan RAPID kenapa mereka masih ada di sini dan terlibat secara langsung dan tidak langsung?

Saya akan memberikan keutamaan kepada masyarakat Melayu yang 90 peratus daripada mereka mengundi BN di Felda dan kampung-kampung. Namun dalam masa sama saya tidak akan menganaktirikan masyarakat Cina," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:42 am. Fail ini , , , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kemenangan besar di Pengerang tanda RAPID diterima - Azalina

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily