dailyvideo

Kelantan, Johor DT raih kemenangan


KUALA LUMPUR 26 Mei - Aksi separuh akhir pertama Piala FA memperlihatkan Kelantan meraih bekalan selesa dengan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sementara Johor Darul Takzim menang tipis 1-0 berdepan Pahang semalam.

Ketinggalan 0-1 kepada jaringan Asaari Samsudin pada minit ke-2, Kelantan melakukan kebangkitan dramatik dengan gol daripada Dickson Nwakaemi pada minit ke-79 dan Indra Putra Mahayuddin meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-83.

Obinna Nwaneri mengukuhkan kedudukan melalui jaringan daripada sepakan penalti pada minit ke-92 sebelum Zairo Anuar Zailani meledak gol keempat Kelantan, seminit kemudian.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Leonel Nunez memberikan gol kemenangan kepada Johor DT pada minit ke-21 hasil hantaran penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.- UTUSAN ONLINE

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:06 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kelantan, Johor DT raih kemenangan

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily