dailyvideo

Kaum India terima tanah bina kuil



PALOH - Penantian lebih 20 tahun masyarakat India di kawasan ini untuk membina kuil berakhir apabila kerajaan negeri bersetuju mengurniakan tapak tanah bagi pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman Paloh, di sini.

Sebelum ini masyarakat India di situ mengalami masalah membina kuil berkenaan berikutan ketiadaan tapak tanah.

Menurut Pengerusi MIC Bahagian Sembrong, K Rajoo, permasalahan itu telah diajukan kepada pihak berwajib susulan tapak sedia ada kuil tersebut didirikan di atas tanah hak milik swasta.

“Kerajaan negeri telah membantu membeli tanah berkenaan dan kemudiannya memberikan tanah tersebut kepada masyarakat India di sini.

“Dengan hasil bantuan kerajaan negeri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussien, maka masyarakat India di Paloh dapat bina kuil itu. Kami sudah tunggu lama dan jika kuil ini dibina ianya akan memberi kegembiraan kepada lebih 1,000 penduduk India di Paloh,” katanya baru-baru ini.

Majlis pecah tanah kuil tersebut telah disempurnakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin, kelmarin.

Dalam pada itu, Rajoo yang mewakili masyarakat India di Paloh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:08 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kaum India terima tanah bina kuil

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily