dailyvideo

Kain rentang fitnah psiko pengundi



SIMPANG RENGGAM - Pemimpin Barisan Nasional (BN) kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab apabila sanggup menggantung kain rentang berunsur fitnah hanya kerana mahu meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Calon BN Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng berkata, tindakan tersebut akan mencetuskan kebencian masyarakat Cina di kawasan ini terhadap kerajaan seterusnya merosakkan perpaduan kaum.

Menurutnya, taktik menggantung kain rentang berunsurkan fitnah di kawasan dipenuhi bendera BN sebagai strategi perang psikologi yang jahat dan perbuatan berkenaan bertujuan mempengaruhi pengundi supaya melihat BN sebagai sebuah parti yang mengamalkan perkauman.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana politik kita semakin matang namun, ada lagi pihak tertentu yang masih di takuk lama hingga menjadikan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan pihak lawan.

“Saya yakin, rakyat tidak mudah tertipu dengan strategi kotor ini kerana pencapaian BN dalam membantu dan berkhidmat untuk rakyat cukup jelas dan nyata,” mengulas tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung sepanduk memfitnah perdana menteri di kawasan dipenuhi bendera BN di bandar Simpang Renggam, Khamis lalu.

Teck Meng berkata, perbuatan itu secara langsung mahu mewujudkan suasana tidak aman dalam kalangan rakyat negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum.

“Jangan sampai peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi. Hentikanlah propaganda melampau yang hanya merugikan negara,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ahmad baerkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung isu sepanduk tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam, kelmarin.

“Sekali lagi saya nasihat,  jangan cuba mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan masyarakat. Berkempen secara sihat dan jangan timbulkan kekecohan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:06 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kain rentang fitnah psiko pengundi

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily