dailyvideo

Johor DT sedia gempur Pahang

“PEMAIN harus lebih fokus, berdisiplin dan lebih banyak berkomunikasi sesama sendiri.

“Kami perlu mengekalkan rentak cemerlang dan yang pasti, perlu menang pada aksi kedua malam esok (malam ini),” kata jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad.

Menurutnya, jika semua pemain mampu tampil cemerlang, peluang melangkah ke final adalah cerah.

Itu yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Johor DT pada pertemuan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini seandainya ingin memastikan slot ke perlawanan akhir Piala FA menjadi milik mereka.

Menurut Fandi, selain ketiga-tiga faktor terbabit, pemain juga harus bijak mengatur serangan selain perlu mendominasi di bahagian tengah.

Dengan hanya berbekal satu jaringan ketika menang ke atas Pahang pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu, Fandi sedar anak-anak buahnya berdepan tugas sukar di Kuantan malam ini.

“Permainan belum berakhir dan baki 90 minit ini sangat penting bagi kami. Kita perlu terus melakukan serangan dan menambah seberapa banyak gol yang boleh.

“Saya percaya, perlawanan kedua menentang Pahang pasti lebih sukar terutama apabila bermain di tempat mereka. Namun, saya mempunyai keyakinan dengan pemain saya dan tidak mustahil kami boleh mencipta kejayaan,” kata Fandi.

Beliau turut mengakui terpaksa mencorak strategi baharu memandangkan mereka bakal kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan dan digantung perlawanan, antaranya Kamarul Afiq Kamarudin dan Farid Ramli.

Katanya, pemain-pemain Tok Gajah gemar menggunakan taktik menghantar bola jauh dan mempunyai kelebihan dari segi kepantasan.

Sehubungan itu katanya, pemain-pemain Johor DT tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang boleh memberi kelebihan kepada Pahang selain jangan terikut-ikut dengan gaya permainan pasukan lawan sehingga hilang momentum sebenar.


“Kita sudah membuat persediaan terbaik untuk pemain, sudah berikan semuanya kepada mereka dan kini semuanya terserah kepada mereka untuk memberikan persembahan terhebat mereka bagi memastikan kita menang,” katanya. - Kosmo

Dikemaskini oleh Johor daily pada 6:13 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Johor DT sedia gempur Pahang

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily