dailyvideo

Hishammuddin Berjanji Beri Khidmat Terbaik



KUALA LUMPUR -- Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Dalam mesej melalui laman Twitternya, Hishammuddin berkata beliau bersyukur atas pelantikan itu dan tidak sabar untuk menjalankan tugas melalui portfolio berkenaan.

Kata bekas Menteri Dalam Negeri ini, beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3 petang esok. (hari ini)

"Najib amat berharap kami akan menjalankan tugas dengan penuh bersemangat," katanya.

Pengumuman senarai anggota Kabinet baharu hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, menyaksikan pertukaran portfolio antara Hishammuddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik dari Putrajaya itu, Najib berkata Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datoh (Perak), dilantik Menteri Pertahanan pada 2009, manakala Hishammuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong (Johor) pula, diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Najib juga mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Kudat (Sabah) Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, manakala Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:18 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Hishammuddin Berjanji Beri Khidmat Terbaik

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily