dailyvideo

Harapan golongan nelayan



PONTIAN - Golongan nelayan di Pontian Besar berharap wakil rakyat yang akan menerajui kawasan itu dapat menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu mereka selama ini.

Bagi nelayan, Razak Othman, 40, dia berharap penduduk yang menumpang tanah rizab Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dipindahkan segera ke lokasi baru.

“Sudah hampir 50 tahun kampung ini dibuka, tetapi keadaannya masih sama dan kami masih terus berharap untuk dipindahkan.

“Kadang kala kami kecewa kerana ada kampung nelayan lain di daerah ini sudah menerima peruntukan untuk dipindahkan, tetapi kami masih menanti khabar gembira,” katanya pada majlis sesi dialog bersama calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan di Pontian Besar, di sini semalam.

Dia berharap permasalahan penduduk diberikan perhatian oleh wakil rakyat yang bakal dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Abdul Rahman Badang, 69, berkata, dia tidak menafikan pemimpin sebelum ini prihatin dengan masalah nelayan dengan pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan penduduk di situ tidak terpinggir.

“Baru-baru ini, program baik pulih rumah nelayan dijalankan, ia amat membantu nelayan di sini yang rata-rata rumah mereka diancam masalah air pasang.

“Tetapi saya harapkan pemimpin atau wakil rakyat yang bakal menerajui kawasan ini selepas ini akan memberi perhatian lebih kepada masalah nelayan di sini,” katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pontian yang merupakan penyandang kerusi di situ, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya memandang serius setiap masalah yang dihadapi nelayan di Pontian.

Jelasnya, kebajikan nelayan dan pembangunan kawasan di situ akan terus dilaksanakan di bawah pimpinan BN.

“Isu bangunan Persatuan Nelayan kawasan (PNK) Pontian Besar yang hendak dirobohkan telah diselesaikan melalui perbincangan dengan pemaju dan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti pejabat daerah dan pejabat tanah.

“Pihak pemaju telah pun bersedia untuk membina bangunan ganti terhadap bangunan yang akan dirobohkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:09 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Harapan golongan nelayan

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily