dailyvideo

DAP diminta jelaskan pendirian



JOHOR BAHRU - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pendirian DAP mengenai isu hudud terlebih dahulu sebelum menguar-uarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri baru.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu diperjelaskan kepada masyarakat Gelang Patah kerana Kit Siang bertanding bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di kawasan itu.

“Lebih baik Kit Siang cerita kepada orang Gelang Patah bagaimana dia nak jawab isu berhubung kait dengan hudud kerana di Gelang Patah, dia bertanding bersama rakan seperjuangan dia, Salahuddin (Salahuddin Ayub) di Nusajaya.

“Bagaimana dia nak terangkan percanggahan pendirian antara Haron Din (Datuk Dr Haron Din), Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Karpal Singh kalau nak kenalkan hudud,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perpaduan Rakyat, di sini semalam.

Hishammuddin berkata, kecelaruan DAP, Pas dan PKR mengenai isu hudud serta pergolakan sehingga tujuh kawasan ditandingi dua parti Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ini, wajar membuatkan rakyat di Johor berfikir lebih mendalam sebelum membuang undi.

“Kalau itu orang tidak fikir pada penghujung dua tiga hari ini dan terikut-ikut, bila berlaku nanti saya bimbang orang Johor khususnya ralat sebab tidak fikir lebih mendalam dan jauh ke depan.

“Kalau tak nak sokong BN tak mengapalah. Tetapi, sebelum mengundi fikir sedalam-dalamnya untuk melihat calon mana yang boleh menjanjikan keselamatan, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan di Johor,” katanya.

Beliau turut percaya rakyat Malaysia faham dan percaya malah yakin dengan proses demokrasi di negara ini berbeza dengan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kalau tidak (tiada demokrasi), saya tidak tengok Kit Siang bermati-matian bertanding di Gelang Patah sekiranya tidak percaya dengan sistem kita ini,” katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 6:44 pm. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for DAP diminta jelaskan pendirian

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily