dailyvideo

Cubaan seludup rokok gagal



BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Batu Pahat berjaya menggagalkan dua cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok keretek ke negara ini dengan menggunakan bot laju di perairan Sungai Pulai dan Sungai Benut baru-baru ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua barangan terlarang yang dirampas itu membabitkan 9,200 karton dengan nilai dan cukai rampasan dianggarkan RM870,000.

Beliau berkata, bot dipercayai dari negara jiran itu ditemui pada awal pagi selepas anggota Maritim mendapat maklumat risikan.

“Bot tersebut memecut laju ke paya bakau dan kawasan berlumpur apabila menyedari bot ronda Maritim cuba menghampiri. Tekong serta awak-awak kemudiannya bertindak nekad meredah paya bakau untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Keadaan persekitaran yang gelap menyebabkan suspek gagal dikesan selain bot Maritim terkandas di kawasan cetek dan berlumpur.

Hasil siasatan, pihaknya menemui 110 guni berisi rokok yang ditutup dengan kanvas plastik pada bot berkenaan untuk kes pertama manakala 25 karung plastik berisi rokok ditemui dalam bot yang kedua.

Beliau berkata kedua-dua bot serta rokok yang dirampas itu kemudiannya dibawa ke jeti Maritim Pangkalan Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan kejadian itu, Maritim akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di sempadan perairan negara untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

Dalam masa yang sama, pihaknya meminta kerjasama orang ramai dalam membantu agensi penguatkuasa dengan melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 12:50 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Cubaan seludup rokok gagal

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily