dailyvideo

Batu Pahat tuan rumah sambutan Hari Belia



BATU PAHAT – Daerah Batu Pahat dijangka menjadi pilihan kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri yang dijadualkan pada pertengahan Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, mengikut perancangan, sambutannya  nanti akan menerapkan konsep rohaniah bagi melahirkan golongan belia serba lengkap.

“Pelbagai program dan juga aktiviti kini dalam proses perancangan dan dalam sambutan itu nanti kita akan ketengahkan nilai-nilai murni kepada golongan belia.

“Bagaimanapun, program berkenaan belum diputuskan lagi tarikh sebenar. Pihak kami akan bermesyuarat dengan Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk memantapkan lagi pelaksanaan program.

“Diharapkan program yang dijangkakan dapat membentuk golongan belia supaya lebih aktif ini mampu mengubah pemikiran sesetengah remaja yang hanya jadi pemerhati sahaja,” katanya selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Belia Batu Pahat Siri 1.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia memberi suntikan semangat kepada persatuan belia di negeri ini dalam usaha menggerakkan penganjuran pelbagai bentuk program.

Katanya, kebanyakan persatuan belia kini hanya tinggal nama selain terdapat beberapa kumpulan tertentu yang kian lesu.

Selaku Exco bertanggungjawab, beliau bersama beberapa ketua agensi terlibat akan mengadakan pertemuan dengan persatuan belia berdaftar di Johor bagi membincangkan isu berkenaan.

“Melalui perjumpaan itu nanti kita yakin akan dapat mengaktifkan semula semua persatuan. Malah kita akan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi mereka.

“Melalui perbincangan yang dilakukan, kita juga percaya akan dapat menarik minat belia-belia yang tidak berpersatuan untuk menyertai mana-mana persatuan yang diminati.

“Saya harapkan apa yang dirancang ini akan mencapai kejayaan dan pihak kerajaan negeri juga mengharapkan kerjasama dari pelbagai pihak untuk melahirkan golongan muda yang aktif.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:06 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Batu Pahat tuan rumah sambutan Hari Belia

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily