dailyvideo

Baderi dikenali sebagai pemimpin 'ikut resmi padi'



KOTA TINGGI - Mengenali insan bernama Datuk Baderi Dasuki, beliau merupakan seorang yang cukup sederhana, mudah didampingi serta sentiasa tenang dalam apa juga keadaan.

Budi bahasa tinggi dan berhemah itulah yang berjaya meletakkannya sebagai wakil rakyat yang cukup disenangi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti sejak 2004.

Baderi, 65, lulusan Universiti Malaya pernah menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) dengan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri dan Pegawai Kewangan negeri.

Pengalamannya sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Perumahan Kerajaan Tempatan pada 2004 juga memudahkan beliau menyalurkan peruntukan mengikut keperluan dan keutamaan masyarakat setempat.

"Bagi saya pencalonan semula sebagai wakil rakyat yang menggunakan tiket BN bagi DUN Panti untuk penggal ketiga merupakan tanggungjawab besar kerana ia amanah yang diberikan kepada kita.

"Pada dasarnya kerajaan sentiasa melakukan pembangunan dan pembaharuan sejajar dengan keperluan dan kehendak rakyat dan apa yang lebih penting usaha ini dilakukan secara berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Menyentuh mengenai pembangunan di DUN Panti, Baderi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, rata-rata isu dan masalah yang dihadapi di kawasan tersebut dapat diselesaikan secara berterusan oleh kerajaan.

Kata Baderi, sebagai contoh masalah rumah generasi kedua Felda di bawah DUN Panti terdiri daripada Felda iaitu Felda Sungai Sibul, Felda Penggeli Timur dan Felda Linggiu.

"Bagi menangani masalah rumah generasi kedua tanah rancangan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad meluluskan pembinaan 180 unit rumah teres di Felda Sibul dan 180 unit lagi di Felda Penggeli Timur.

"Felda Linggiu pula kita sedang mengenalpasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua," katanya.

Tambah Baderi, sebagai kawasan yang dihuni masyarakat Felda, kampung tradisional dan ladang yang terdiri daripada masyarakat majmuk, pada keseluruhannya keperluan masyarakat Cina dan India turut diberikan perhatian sewajarnya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:22 am. Fail ini , , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Baderi dikenali sebagai pemimpin 'ikut resmi padi'

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily