dailyvideo

Aziz Kaprawi Mahu Pastikan Pengangkutan Awam Negara Selamat



JOHOR BAHARU -- Anggota Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi bersyukur terhadap pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan menyifatkannya sebagai satu penghargaan.

Katanya beliau akan melihat dengan teliti pelbagai projek pengangkutan awam yang sedang dilaksanakan bagi memastikan ia bukan sahaja benar-benar memberi faedah kepada rakyat tetapi juga selamat.

"Saya akan memastikan kesemua projek-projek pengangkutan ini bukan sahaja mementingkan kepantasan dan cekap tetapi juga ia mesti benar-benar selamat terhadap rakyat sebagai pengguna," katanya ketika dihubungi.

Selain memberi tumpuan terhadap projek pengangkutan awam seperti sistem
keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura serta sistem rel Transit Aliran Massa (MRT)di Kuala Lumpur, beliau juga akan memastikan projek seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) benar-benar difahami oleh rakyat.

Aziz berkata rakyat perlu diberikan kefahaman yang mencukupi tentang kebaikan AES sebelum pelaksanaan sistem yang bertujuan membendung kemalangan jalan raya itu boleh diterima penggunaannya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, beliau menewaskan  calon Pas, Mohd Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti 5,761 undi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:15 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Aziz Kaprawi Mahu Pastikan Pengangkutan Awam Negara Selamat

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily