dailyvideo

Anda Telah Mencapai Sesuatu Yang Hebat Apabila Anda Dibenci - TMJ


"Anda tahu anda telah mencapai sesuatu yang hebat apabila anda dibenci oleh orang yang tidak anda kenali pun. Kita masih belum memenangi sesuatu apa pun, tetapi ramai yang beriya-iya cuba untuk menjatuhkan kita. Kita telah menjadi mangsa sejak permulaan musim lagi, kerana mereka sedar akan potensi kita dan menyedari akan kuasa baru bolasepak dari selatan.

"Bukan salah kita Persatuan Bolasepak Negeri Johor diurus secara profesional dan mempunyai asas kewangan yang kukuh. Ada yang menggelarnya “cemburu”, saya melihatnya sebagai ketakutan dan tidak yakin dengan diri sendiri. Segala tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap bolasepak Johor, hanya mendorong saya untuk bekerja lebih keras demi membina empayar bolasepak yang lebih kuat lagi.

"Saya bangga kerana para penyokong Johor lebih beradab, tidak seperti segelintir yang lain. Pesanan saya, kepada mereka yang mempunyai masalah dengan PBNJ, anda memang sepatutnya takut… kerana saya masih muda dan perjalanan saya masih jauh. Jadi anda boleh bayangkan apa yang mampu dicapai oleh PBNJ dalam tahun-tahun yang mendatang. Kepada rakyat Johor sekalian, kekalkan sifat rendah diri dan sentiasa bersatu. Dampingkan diri kita dengan orang yang positif, dan ingat bahawa kasih sayang merupakan kuasa yang sangat kuat.

"Maafkan mereka yang negatif terhadap kita, dan teruskan kehidupan. Sayangilah mereka yang penting dalam hidup kita dan ingatlah bahawa Allah akan memastikan kebenaran akan tetap terserlah.


"Akhir kata, kalau seseorang berkata sesuatu yang buruk tentang kita, ianya mungkin kerana mereka tiada sesuatu yang baik untuk dikatakan terhadap diri mereka sendiri. Hasad dengki adalah penyakit yang dahsyat. Semoga Allah mengampunkan mereka." -Tunku Mahkota Johor

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:23 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Anda Telah Mencapai Sesuatu Yang Hebat Apabila Anda Dibenci - TMJ

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily