dailyvideo

Adun Pulai Sebatang sedia terima tindakan MCA



JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor semalam bersedia menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya oleh MCA.
  
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dikatakan melanggar pendirian MCA yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi kurang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
               
Namun dalam masa yang sama, beliau turut berharap kepimpinan parti dapat memahami situasinya dan bersedia untuk menjelaskannya jika dipanggil untuk berbuat demikian.
  
"Saya tahu sebagai ahli parti saya kena sentiasa mengikut keputusan parti terlebih dulu, tetapi dalam masa yang sama saya juga berharap pemimpin dan ahli MCA tahu bagaimana kedudukan saya sekarang.
  
"Walau apapun saya kena hadapi juga keputusan yang bakal dibuat oleh pucuk pimpinan (MCA)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
  
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu mengenakan tindakan disiplin ke atasnya kerana menerima pelantikan jawatan Exco itu.
  
Chua dalam kenyataannya semalam, bagaimanapun mengakui pelantikan Siew Kiong adalah atas aspirasi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri yang mahukan barisan Exco negeri turut diwakili kaum Cina dan India.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:04 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Adun Pulai Sebatang sedia terima tindakan MCA

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily