dailyvideo

Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik bagi menyediakan perumahan secukupnya kepada rakyat sejajar dengan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baharu dilantik, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, pada masa ini, pihaknya perlu mengkaji sebelum merancang apa yang perlu dilakukan untuk menangani perkara itu.

Menurutnya, isu perumahan terutama yang membelenggu generasi muda bukan hanya berlaku di negeri ini, namun beliau bertekad untuk melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.

"Kita berpegang pada manifesto yang dijanjikan dahulu untuk sediakan perumahan cukup terutama bagi generasi muda dan mereka yang tidak ada rumah, banyak program di bawah BN dan kita akan cuba jayakan.

"Saya akan pastikan dan merancang yang terbaik untuk memastikan mereka yang tidak ada rumah ini dapat mempunyai rumah sendiri, kerajaan negeri akan lakukan yang terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas tentang isu kerajaan tempatan kata Abd. Latiff, pihaknya akan turut mengkaji struktur, fungsi dan peranan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mereka dapat menjalankan kerja dengan lebih komited.

"Saya juga perlu melihat apa yang perlu dilakukan sejajar usaha memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

"Saya akan pastikan dalam tempoh lima tahun ini, portfolio yang saya pegang, mampu melakukan apa yang telah dan akan dirancang, kita mahu ada perubahan serta komited dari segi tanggungjawab," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia


Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:00 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily