dailyvideo

9 penjenayah dicekup


JOHOR BAHRU - Polis yakin berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah terutamanya kegiatan pecah rumah dengan tertangkapnya sembilan lelaki di daerah ini, baru-baru ini.

Dalam kes itu, polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 33 tahun ketika sedang melakukan jenayah pecah rumah di sebuah rumah di Bandar Baru Permas Jaya, 23 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejayaan memberkas dua suspek itu hasil kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat dan kecekapan anggotanya.

“Polis menerima maklumat orang awam memberitahu terdapat kejadian pecah rumah dan dipercayai suspek berada di dalam rumah berkenaan sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Balai Polis Permas Jaya terus ke tempat kejadian.

Hasil tindakan pantas polis, dua lelaki yang masih berada di dalam rumah mangsa berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Mohd Mokhtar berkata, dengan tertangkapnya suspek itu, polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga berusia 4 hingga 61 tahun yang menghuni rumah terbabit.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine. Kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan curi kenderaan dan dadah.

Sebelum itu,  pada 13 Mei lalu, tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 45 tahun ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Mohd Mokhtar berkata, pelbagai barangan berjaya dirampas dengan tertangkapnya semua suspek terbabit.


Semakan rekod jenayah lampau mendapati lima daripada tujuh yang ditahan mempunyai rekod bersabit kes dadah, samun dan pecah rumah. - Sinar

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:31 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 9 penjenayah dicekup

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily