dailyvideo

Perjuangkan Masalah Pampasan Tanah Penduduk Jadi Cabaran Utama - Syed Sis



Pengerang - Mengakui masih kekok dan pergerakan jentera agak perlahan pada awalnya, namun calon DUN Tanjung Surat , Datuk Syed Sis Syed Abd Rahman lebih yakin akan dapat diterima oleh masyarakat khususnya pengundi DUN Tanjung Surat pada 5 Mei ini.

Gerakan jentara BN yang semakin bertenaga dan tersusun, ditambah dengan sambutan pengundi dan masyarakat, khususnya masyakakat kaum Cina, beliau terus mendekati pengundi melalui program-program yang disusun termasuk melakukan tinjauan mesra di Pekan Sungai Rengit, Kg Jawa selain berjumpa golongan nelayan, anak jati Kampung Telok Ramunia, Penggerang Johor ini yakin BN akan memperolehi kemenangan di Penggerang selain akan menguguhkan kedudukan BN di negeri Johor.

“Cabaran utama yang harus ditangani segera ialah rungutan penduduk mengenai pampasan tanah di atas projek Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Orang faham mengambil tanah untuk projek-projek kerajaan memang perkara biasa. Cuma yang menjadi rungutan ialah harga yang tidak telus, harga yang berbeza-beza. Saya baru dengar berita-berita ini, saya usahakan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini,” ujarnya ketuka ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Jawa Laut di sini.

Tambahnya, penduduk boleh membawa kes ini ke mahkamah, untuk memperjuangkan harga yang lebih tinggi. Jika kumpulan ini membawa kes ini ke mahkamah, tidak bermakna mereka melawan kerajaan sebaliknya mereka memperjuangkan hak mereka untuk pampasan tanah mereka.

Dato’ Ir. Syed Sis b. Syed A. Rahman dilahirkan pada 5hb Jun 1953 di Kampung Telok Ramunia, Penggerang Johor. Di Penggerang beliau bersekolah di SK Telok Ramunia dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Aliran Ingerís Penggerang dan seterusnya ke Sekolah Menengah Ingerís Laksamana di Kota Tinggi


Diperingkat Universiti Dato’ Ir. memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam di UTM pada 1975 kemudian melanjutkan pelajaran ke Peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di University Glasgow, Scotland 1978. Pada 1992 beliau dianugerahkan Kesarjanaan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan melalui Intertational Management Centre, Buckimham.

Di dalam kerjaya professional, sejak 1985 beliau merupakan ahli Institut Jurutera Malaysia dan juga diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dari Lembaga Jurutera Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Bendahari Gabungan Jurutera Perunding Bumiputra Malaysia pada 2003-2005

Dari segi pentadbiran calon Barisan Nasional ini berpengalaman sebagai Ahli Majlis Daerah Rembau (1980 – 81), Segamat Utara (1982 – 1989) dan Segamat Selatan (1982 – 1989) manakala di dalam Sektor Swasta pula beliau ádalah Pemilik dan Pengurus SSR Consultants, Pengarah Urusan SSR Partners Sdn Bhd dan Pengerusi dan Perunding AKS Sdn Bhd

Penglibatan beliau secara serius di dalam bidang politik bermula pada 1983 sebagai AJK UMNO Cawangan Bandar Segamat manakala bergerak aktif sebagai AJK Pemuda Bahagian Segamat pada 1984 dan seterusnya dipilih untuk berada dalam UMNO Bahagian Segamat selaku AJK Bahagian dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Sumber Manusia. Di Segamat Ketua Bahagian pada masa itu ialah Yg Bhg Tun Musa Hitam.

Penghijrahan Dato’ Ir kepada UMNO Kota Tinggi pula bermula pada 1995 - 2003 sebagai AJK Bahagian. Di Kota Tinggi, beliau dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian (1998 – 2001). Tidak berapa lama kemudian setelah daerah kecil Penggerang diwujudkan, maka pada 2004 beliau membuat keputusan untuk aktif di dalam UMNO Cawangan Kampung Baru Telok Ramunia sehingga sekarang.



Oleh:  M.Faizal , Megat & Ann 

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:27 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Perjuangkan Masalah Pampasan Tanah Penduduk Jadi Cabaran Utama - Syed Sis

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily