dailyvideo

Penampilan Lebih 40 Peratus Muka Baru Suntik Kekuatan BN Di Johor



Kulai - Calon BN Kawasan DUN Bukit Permai, Ali Mazat Salleh percaya dengan penampilan lebih 40 peratus muka-muka baru yang menjadi sandaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan menjadi penilaian utama kepada rakyat khususnya di negeri Johor ini untuk mengundi BN pada 5 Mei ini.

Jelas beliau lagi penampilan lebih 40 peratus muka baru ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib begitu bersungguh untuk menjayakan agenda transformasi bagi membela rakyat dan memajukan lagi Negara.

“Sebagai calon baru dan muda dari BN, ini merupakan peluang dan kepercayaan penuh dari pimpinan parti.  Saya akan berjumpa seramai mungkin pengundi di kawasan ini untuk memberikan kepercayaan kepada saya meneruskan agenda pembelaan berterusan BN di kawasan ini.

“Kawasan DUN Bukit Permai ini merupakan sebuah kawasan luar bandar, oleh itu banyak lagi pembangunan-pembangunan yang perlu diperjuangkan seperti jalan raya kerana ada kira-kira enam buah kampong di mana penduduknya terpaksa keluar dengan membawa kenderaan sejauh 90 km untuk ke pejabat pos, pejabat daerah mahupun ke balai polis dan hospital,” ujarnya selepas membuat program tinjauan mesra di IOI Mall Kulai dan pasar malam Bandar Putra di sini.

Justeru tegas beliau, menjadi harapannya agar dapat diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan atau agenda bagi membela rakyat terutama bagi mendapatkan keperluan-keperluan utama yang dinginkan pengundi.

“Saya juga akan memberi perhatian berkenaan jalan pintas dari kampung-kampung ke Bandar Kulai.  Jika perkara ini dapat direalisasikan, kawasan DUN Bukit Permai ini yang dianggap kawasan pedalaman boleh dimajukan dengan pelbagai lagi prasarana. Jalan pintas ini juga akan dapat menghubungkan kawasan Kulai dan Kluang, ini perkara penting yang harus diperjuangkan.

“Satu lagi perkara yang harus dititik beratkan ialah dalam soal pendidikan kerana tidak ada sekolah-sekolah menengah yang berada di dalam kawasan DUN Bukit Permai, Justeru jika saya diberi kepercayaan perkara-perkara utama yang saya sebutkan tadi akan saya realisasikan” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:44 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Penampilan Lebih 40 Peratus Muka Baru Suntik Kekuatan BN Di Johor

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily