dailyvideo

Momentum Jentera P/Raya BN Semakin Meningkat – Najib



PONTIAN, 29 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata momentum jentera kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari ini semakin meningkat berbanding pembangkang yang nampaknya saling bercanggah pendapat.

Perdana Menteri berkata keadaan itu dapat disaksikan apabila rakan-rakan sekutu dalam pembangkang saling bercanggah pendapat dalam soal pokok dan utama dan ia merupakan petanda pakatan pembangkang satu pakatan yang terlalu rapuh dan tidak berdaya maju.

Walaupun tidak menafikan BN menghadapi masalah, Najib berkata sebahagian besarnya telah dapat diselesaikan berbanding pakatan pembangkang yang menghadapi lebih banyak masalah dan keadaan itu lebih berkecamuk.

“Kalau kita ada masalah, pembangkang lagi banyak masalah. Saya nak kata (BN) tidak ada masalah, itu tidak betul.

Tetapi saya nak letakkan dalam perspektif pembangkang lagi banyak masalah. Setidak-tidaknya kita tiada komponen parti lawan sama komponen parti, dia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bersama rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jack Seng, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Suhaimi Salleh dan calon DUN Pekan Nenas, Wong You Fong.

Najib berkata percanggahan pendapat antara mereka satu petanda pakatan mereka terlalu rapuh sebab apabila mereka cuba menutup perbalahan ideologi dengan memberi tumpuan hendak mengalahkan BN sahaja, keadaan ini berbahaya.

“Mereka tidak beri satu gambaran bahawa mereka mempunyai satu pakatan yang berdaya maju dan boleh dipercayai sebab kalau kita nak kendalikan sebuah kerajaan, kita perlu kerjasama yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Najib melahirkan keyakinan BN di Johor mampu memperoleh kemenangan besar yang lebih baik berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke-12

Dikemaskini oleh Johor daily pada 2:06 pm. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Momentum Jentera P/Raya BN Semakin Meningkat – Najib

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily